Tarikh : 20 Mac 2022 Masa : 2.00 Pm- 3.00 Pm Lokasi : Google Meet Peserta : 8 Orang |
Program Advokasi ini dijalankan secara atas talian melalui platform Google Meet. Bertujuan bagi memberi kesedaran kepada warga komuniti setempat atau ahli PEDi akan kebertanggungjawaban dalam menggunakan platfrom digital dan juga dalam mensahihkan sesebuah informasi atau berita secara alam maya. Memberi kesedaran agar sentiasa berhati-hati dalam mempercayai sesuatu sumber berita dan tidak menyebarkan tanpa membuat kesahihan.
Aktiviti
Program dimulai dengan sesi penerangan tentang maklumat palsu dan langkah-langkah menangani berita atau maklumat palsu di dalam kalangan Komuniti. Seterusnya, aktiviti kuiz dijalankan bagi menguji minda serta kefahaman para komuniti tentang pemahaman atau kesedaran maklumat palsu.