Tujuan

Latihan Keusahawanan dengan tajuk E-commerce bertujuan untuk memberi penerangan tentang proses jual beli produk dengan cara elektronik seperti aplikasi mudah alih dan internet dalam perniagaan yang dijalankan. Latihan Keusahawanan merupakan satu usaha untuk membantu para peserta menjana pendapatan menerusi platform digital dimana mereka akan mempelajari teknik-teknik asas perniagaan secara online. Selain itu ia  juga bertujuan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital dalam kalangan para usahawan mikro perusahaan kecil dan sederhana. 

Aktiviti

Kelas ini dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi Google Meet dan beberapa peserta yang mengikuti kelas ini di PEDi Kg Ranau. Kelas ini juga dimulai dengan sesi pengenalan latihan keusahawanan tentang E-commerce dengan topik google sites yang membantu para usahawan untuk membuat laman web tentang perniagaan mereka. Secara keseluruhannya, latihan keusahawan ini mendapat sambutan yang baik dan sangat bermanfaat kepada para usahawan yang berminat didalam dunia perniagaan secara online. 

Gambar Disini