Tarikh : 13 April 2022 Masa : 9.00 Am - 11.00 Am Lokasi : Aplikasi Google Meet Peserta : 9 Orang |
Tujuan
Kelas Multimedia mengenai Adobe Photoshop bagi sesi 2 membincangkan tentang asas penyuntingan imej yang bertujuan untuk memberi kemahiran menyunting gambar secara berterusan kepada komuniti dengan mempelajari asas penggunaan perisian ini untuk membuat gambar seperti logo. Di samping itu, para komuniti dapat mengaplikasikan kemahiran yang mereka pelajari dalam menghasilkan sebuah grafik atau imej yang menarik bagi hasil kerja mereka dengan lebih kreatif.
Aktiviti
Kelas ini turut menerangkan tentang aplikasi adobe photoshop untuk menghasilkan gambar yang menarik dan kreatif. Petugas telah menjelaskan fungsi-fungsi adobe photoshop dan setiap komponen yang terdapat dalam aplikasi itu. Selain itu, petugas telah memberikan satu contoh untuk menghasilkan gambar logo dengan mudah dan menarik. Terdapat banyak kegunaan adobe photoshop yang boleh digunakan bagi menghasilkan gambar, poster, banner, dan logo.