Tujuan

Kelas ini mengenai asas penyuntingan gambar yang bertujuan untuk membantu pelajar sekolah menengah dalam proses penyuntingan gambar dengan menggunakan aplikasi Adobe Photoshop. Selain itu, pelajar juga dapat mengaplikasikan kemahiran yang mereka pelajari dalam penyuntingan gambar untuk menghasilkan sebuah gambar yang menarik. Di samping itu, kelas ini dapat meningkatkan pengetahuan asas tentang cara melakukan proses penyuntingan gambar dengan pelbagai jenis grafik yang terdapat dalam adobe photoshop.

Aktiviti

Kelas ini dimulai dengan petugas memberi penerangan tentang fungsi-fungsi adobe Photoshop dan setiap komponen yang ada dalam aplikasi itu. Seterusnya, petugas juga telah menjelaskan fungsi utama adobe Photoshop yang membolehkan mereka menyunting imej dan poster mengikut kreativiti tersendiri. Di samping itu, petugas juga ada memberikan contoh untuk menghasilkan gambar dengan menggunakan adobe Photoshop.

Gambar Disini