Tarikh : 04 Jun 2022 Masa : 2.00 Pm - 3.00 Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini diadakan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan am kepada pelajar sekolah rendah tentang panduan keselamatan ketika melayari internet. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi kesedaran tentang etika yang perlu ada dalam melayari internet seperti "Klik Dengan Bijak" sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu, keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.
Aktiviti
Pelajar yang hadir ke PEDi Kg Ranau diberikan sedikit penerangan tentang panduan keselamatan melayari internet. Selain itu, aktiviti ini dapat melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet). Di samping itu, petugas juga akan memastikan SOP dipatuhi oleh pengunjung yang berada di PEDi Kg Ranau.