Tujuan

Kelas ICT asas pengenalan komputer ini bertujuan untuk memberi asas kemahiran komputer kepada pelajar sekolah menengah. Sekaligus, memperkenalkan kepada mereka tentang kepentingan penggunaan komputer pada masa kini. Pengenalan komputer kepada para peserta dapat membantu mereka menyiapkan tugasan dengan cepat dan mudah. Selain itu, kepentingan penggunaan komputer dapat menghilangkan tekanan dengan menggunakan komputer kerana kita boleh mendengar lagu, bermain permainan komputer, melayari internet dan sebagainya. Di samping itu, para pelajar juga boleh mendapatkan maklumat tambahan bagi rujukan dalam pembelajaran.

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan sesi penerangan asas komputer oleh petugas. Para peserta diajar satu demi satu tentang perkakasan komputer secara teori dan praktikal. Selain itu, para peserta diajar untuk menerokai perisian yang terdapat dalam komputer dan peserta juga diajar cara-cara menggunakan komputer. Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP  dipatuhi oleh para peserta yang mengikuti kelas pengenalan komputer ini.

Gambar Disini