Tujuan

Kelas Advokasi ini dijalankan di PEDi Kg Ranau bersama pelajar sekolah menengah. Tajuk yang disampaikan dalam kelas ini berkaitan dengan klik dengan bijak iaitu kempen KDB positif & produktif. Selain itu, kempen KDB ini menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan internet yang positif dan beretika serta memupuk amalan produktif dalam kalangan pengguna. Aktiviti ini juga memberikan penjelasan kepada para pelajar sekolah menengah mengenai pendekatan yang difokuskan dalam kempen tersebut.

Aktiviti

Kelas advokasi ini dimulakan dengan sesi penerangan daripada petugas tentang kempen yang dilancarkan oleh klik dengan bijak dengan menggunakan medium youtube. Melalui aktiviti ini juga dapat mewujudkan kesedaran dalam diri para pelajar sebagai pengguna internet yang produktif dan menyebarkan kandungan positif kepada masyarakat. Oleh itu, aktiviti ini boleh dijalankan lagi bagi memberi pendedahan yang lebih luas kepada tontonan umum mengenai kempan klik dengan bijak.

Gambar Disini