Tarikh : 10 Jun 2022 Masa : 3.00 Pm - 3.30 Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 8 Orang |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini dijalankan untuk menguji tahap kemampuan para pelajar sekolah menengah dalam menggunakan komputer bagi aktiviti menaip. Selain itu, aktiviti ini juga boleh memberi kemahiran menaip secara berterusan kepada para peserta dengan menggunakan laman web https://www.typingpal.com/en/typing-test. Oleh itu, hasil daripada aktiviti ini dapat membantu pelajar untuk menguasai kemahiran dan ilmu yang bersesuaian dengan minat, bakat dan potensi pelajar sekaligus dapat memupuk rasa cinta akan ilmu pengetahuan dalam bidang ICT.
Aktiviti
Para pelajar diberi tugasan untuk menyiapkan teks yang telah diberikan oleh petugas dengan menggunakan laman web yang telah disediakan. Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP dipatuhi oleh para pelajar.