Tujuan

Kelas ICT Microsoft Power Point bersama pelajar sekolah menengah yang merupakan ahli PEDi Kg Ranau dijalankan bertujuan untuk memberi asas pengenalan kemahiran berkaitan Ms Power Point 2016. Selain daripada itu, objektif kelas ini adalah memperkenalkan kepada mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini khususnya bagi pelajar sekolah. Oleh itu, kelas ini juga bertujuan bagi memberi latihan yang lebih praktikal kepada peserta agar lebih memahami cara penggunaan Ms Power Point 2016.

Aktiviti

Para pelajar diajar untuk mengenali setiap komponen-komponen serta fungsi yang terdapat dalam Ms Power Point 2016. Selain itu, petugas juga menyediakan slide pembentangan untuk memudahkan pelajar lebih memahami setiap fungsi komponen-komponen yang terdapat dalam Ms Power Point 2016. Secara keseluruhannya, para pelajar dapat meningkatkan kemahiran ICT mereka dengan adanya kelas ini. Sepanjang kelas ini berlangsung, petugas memastikan SOP dipatuhi oleh pengunjung di PEDi Kg Ranau.

Gambar Disini