Tarikh : 13 Jun 2022 Masa : 2.30 Pm - 3.30 Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 7 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini dijalankan untuk memberikan pendedahan dan panduan kepada pelajar sekolah menengah mengenai cara penulisan saintifik yang betul bagi menghasilkan penulisan yang menarik. Selain itu, aktiviti ini juga sebagai landasan untuk memperluaskan kemahiran dan teknik penulisan kepada pelajar. Oleh itu, aktiviti kuiz ini memberikan manfaat kepada pelajar sekolah menengah dengan mendapatkan ilmu pengetahuan yang baharu mengenai penulisan yang baik dalam menghasilkan cerpen atau jurnal.
Aktiviti
Petugas telah memberikan penerangan kepada pelajar mengenai teknik dalam penulisan yang boleh digunakan untuk menghasilkan cerpen atau jurnal. Seterusnya, pelajar telah diberikan kuiz teknik penulisan untuk menguji tahap kefahaman masing-masing. Sepanjang kelas ini berlangsung, petugas memastikan SOP dipatuhi oleh pengunjung di PEDi Kg Ranau.