Tarikh : 14 Jun 2022 Masa : 10.00 Am - 11.30 Am Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 7 Orang |
Tujuan
Kelas ICT Microsoft Power Point ini bertujuan untuk memberikan kemahiran ICT kepada para pelajar secara berterusan dengan mempelajari suntingan imej berdasarkan Ms Power Point 2016. Selain itu, petugas juga telah memberikan sedikit penerangan dalam menggunakan power point untuk menyunting imej seperti menghasilkan poster dan melakukan proses pengeditan. Oleh itu, pelajar dapat mengetahui asas proses pengeditan imej dengan hanya menggunakan Ms Power Point 2016.
Aktiviti
Petugas memberikan penerangan tentang suntingan imej yang menggunakan Ms Power Point 2016 kepada peserta. Kemudian, para pelajar diberikan tugasan untuk mengedit imej mengikuti kreativiti masing-masing dengan menggunakan Ms Power Point 2016. Sepanjang kelas ini berlangsung, petugas memastikan SOP dipatuhi oleh pengunjung di PEDi Kg Ranau.