Tujuan

Kursus pengendalian makanan merupakan anjuran kerjasama Akademi 3S Sekolah Latihan Pengendali Makanan, Tuaran. Selain itu, tujuan kursus ini ialah untuk membantu para peserta memahami isu-isu dan punca keracunan makanan. Peserta juga akan mempelajari cara mengendalikan makanan dengan selamat dan mempelajari cara penyimpanan makanan yang sesuai. Oleh itu, para peserta dapat mengetahui tindakan yang patut diambil untuk mengawal faktor-faktor kritikal keracunan makanan.

Aktiviti

Kursus ini diadakan di PEDi Kg Ranau dan telah dimulakan dengan sesi penerangan mengenai program latihan pengendali makanan bersama Akademi 3S Sekolah. Pencemarah bagi kursus ini adalah Pn. Yvonne Sipain. Di samping itu, sesi soal jawab juga turut diadakan supaya peserta lebih memahami objektif taklimat ini. Sepanjang kursus ini berlangsung, petugas memastikan SOP dipatuhi oleh pengunjung di PEDi Kg Ranau.

Gambar Disini