Tarikh : 20 Ogos 2022 Masa : 8.30Am - 11.30Am Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 74 Orang |
Tujuan
Program Hari Bersama Komuniti ini diadakan di PEDi Kg Ranau bagi memperkenalkan kepada penduduk setempat tentang fungsi dan perkhidmatan yang disediakan oleh PEDi Kg Ranau serta untuk membina hubungan yang baik di antara komuniti setempat dengan petugas PEDi Kg Ranau. Selain itu, tujuan program ini dijalankan bagi meningkatkan bilangan keahlian baru PEDi Kg Ranau dan menjadikan PEDi sebagai pusat tumpuan ICT. Oleh demikian, pelbagai aktiviti yang telah dijalankan pada hari program berlangsung bersama warga komuniti.
Aktiviti
Aktiviti hari bersama komuniti dimulakan dengan pengenalan PEDi kepada komuniti setempat dan pendaftaran ahli baru juga diadakan bagi mereka yang belum menjadi ahli PEDi Kg Ranau. Seramai 20 orang ahli baru yang mendaftar di PEDi Kg Ranau. Selain itu, saringan kesihatan dan kecergasan turut dijalankan pada hari tersebut yang dikendalikan oleh klinik kesihatan tandek. Tambahan pula, aktiviti senamrobik yang dibuat oleh wellnes hub tandek juga dapat menarik minat para komuniti yang berkunjung. Terdapat pelbagai jualan usahawan yang hadir pada hari bersama komuniti dan pameran juga diadakan daripada Ct Eyewear Optical serta orang ramai juga boleh membuat pemeriksaan mata secara percuma.