Tarikh : 05 September 2022 Masa : 2.00Pm- 3.30Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 8 Orang |
Tujuan
Kelas Advokasi penipuan kewangan ini merupakan inisiatif keselamatan internet dalam memastikan para pengguna tidak mudah terpedaya dengan penipuan secara atas talian. Selain itu, kelas ini juga dapat memberikan kesedaran kepada para pelajar tentang jenis penipuan yang sering berlaku di laman internet dan punca berlakunya penipuan tersebut. Meskipun internet memberikan akses pada maklumat pantas, pengguna patut berhati-hati sebelum terkena pada penipuan yang berlaku.
Aktiviti
Aktiviti dijalankan di PEDi Kg Ranau dengan peserta dalam kalangan pelajar sekolah. Seterusnya, petugas juga memberikan penerangan kepada peserta tentang cara untuk mengetahui jenis penipuan dan langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan penipuan berlaku. Di samping itu, aktiviti kuiz juga diadakan untuk menguji kefahaman para pelajar mengenai penipuan kewangan. Oleh itu, para peserta dapat sedikit pendedahan mengenai penipuan yang sering berlaku seperti penipuan melalui panggilan telefon, penipuan pinjaman tidak wujud dan scam 409.