Tarikh : 01 September 2022 Masa : 2.00Pm- 3.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk membantu usahawan dalam proses pemasaran produk yang memerlukan kelas keusahawanan seperti suntingan imej produk serta suntingan video editing. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital dalam kalangan para usahawan mikro perusahaan kecil dan sederhana. Kelas bimbingan ini merupakan satu usaha untuk membantu para peserta menjana pendapatan menerusi platform digital dimana mereka akan mempelajari teknik-teknik asas perniagaan.
Aktiviti
Kelas bimbingan ini dijalankan di PEDi Kg Ranau dengan seorang usahawan sambal ikan masin yang masih baharu dalam bidang perniagaan digital. Secara keseluruhannya, kelas bimbingan ini dapat memberikan manfaat kepada usahawan yang ingin membangunkan produk mereka dengan menggunakan platform digital.