Tujuan

Karnival STEM & Pembelajaran Digital dibawah program TS25 2022 yang dianjurkan oleh SK Ranau, Kota Marudu pada 14 - 15 September 2022. Selain itu, majlis pembukaan program yang telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kota Marudu dan majlis penangguhan dirasmikan oleh Yb Dato Dr Sri Ruddy Bin Awah selaku Pembantu Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah.

Aktiviti

PEDi Kg Ranau juga telah dijemput untuk mengadakan pameran booth agar hebahan maklumat kepada komuniti dapat disampaikan melalui program tersebut. Seterusnya, Rakan Digital juga telah membawa dan mempromosikan produk-produk usahawan tempatan yang telah dibimbing oleh PEDi Kg Ranau. Disamping itu, petugas juga telah membuat beberapa aktiviti seperti kuiz dan pendaftaran ahli baharu PEDi serta mempromosikan lagi E-Tuisyen kepada komuniti setempat.

Gambar Disini