Tarikh : 05 Oktober 2022 Masa : 2.00Pm- 3.30Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Latihan keusahawanan ini bertujuan untuk memberi latihan dan kemahiran kepada para usahawan yang mempunyai perniagaan sendiri untuk mempelajari bagaimana cara menghasilkan sebuah stiker label yang menarik untuk kegunaan produk mereka. Kewujudan teknologi yang digunakan dapat memberi manfaat terhadap pekerjaan mereka. Di samping itu, usahawan juga dapat menimba ilmu tentang penggunaan ICT.
Aktiviti
Kelas membuat stiker ini dijalankan di PEDi Kg Ranau yang dikendalikan oleh petugas PEDi Kg Ranau. Selain itu, kelas suntingan stiker ini juga menggunakan microsoft word untuk membuat label pada setiap stiker. Stiker yang dihasilkan oleh usahawan akan digunakan untuk proses pemasaran produk mereka dengan menambahkan lagi label stiker yang menarik perhatian para pelanggan.