Tarikh : 06 Oktober 2022 Masa : 9.00Am- 12.00Pm Lokasi : IKS Mart Kota Marudu Peserta : Terbuka |
Tujuan
Hari pembukaan kedai IKS Mart KM ini adalah dua inisiatif yang diambil kerajaan bagi membantu usahawan IKS mempromosi dan menjual barangan keluaran mereka. Selain itu, program ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan dalam membantu usahawan IKS yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Tambahan pula, Program Pemasaran Produk IKS sabah ini juga adalah kerjasama diantara DIDR bagi memasarkan produk keluaran Sabah ke seluruh cawangan.Petugas mengambil peluang kerjasama sebagai tenaga pengajar untuk melatih dan memberi bimbingan kepada usahawan-usahawan produk IKS yang berdaftar produk di IKS Mart Kota Marudu dan menambah bilangan Ahli PEDi Kg Ranau.
Aktiviti
PEDi Kluster KM berkerjasama dalam membimbing Usahawan ke arah Digital dan IKS mart KM merupakan platform atau tempat untuk membantu usahawan tempatan sabah dalam memasarkan produk tempatan agar lebih dikenali diseluruh tempat. Seterusnya, terdapat pelbagai jenis produk usahawan tempatan yang sudah berada di cawangan iks mart km. Antara produk usahawan tempatan seperti sambal, "frozen food", biskut kering, kerepek, kraftangan dan pelbagai jenis produk yang dikeluarkan oleh usahawan tempatan sabah. Oleh itu, usahawan IKS juga tidak hanya memfokuskan perniagaan mereka dalam pasaran tempatan sebaliknya menggunakan sepenuhnya platform e-dagang yang kini menjadi pilihan ramai.