Tarikh : 10 Oktober 2022 Masa : 2.00Pm- 3.30Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 8 Orang |
Tujuan
Advokasi klik dengan bijak iaitu maklumat palsu bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada para pelajar tentang kebertanggungjawaban dalam menggunakan platform digital dan juga memastikan kesahihan sebuah maklumat atau berita. Selain itu, advokasi ini juga boleh memberi pengetahuan awal agar sentiasa berhati-hati dalam mempercayai sesuatu sumber berita dan tidak menyebarkan tanpa membuat kesahihan.
Aktiviti
Aktiviti ini diadakan di PEDi Kg Ranau dan dimulaikan dengan sesi penerangan tentang maklumat palsu dan langkah-langkah menangani berita atau maklumat palsu di dalam kalangan para pelajar. Seterusnya, aktiviti kuiz dijalankan bagi menguji minda serta kefahaman para komuniti tentang kesedaran maklumat palsu.