Tarikh : 30 Jun 2018 Masa : 9.00AM- 12.00PM Lokasi : PI Kg Ranau Peserta : 11 Orang |
Tujuan
Bengkel Kecantikan Mary Kay ini bertujuan untuk memberi kursus tentang cara-cara penjagaan kulit dan juga asas make-up yang betul kepada pada peserta. Bengkel ini juga bertujuan untuk menarik para beliawanis atau wanita suri rumah untuk mendaftar menjadi ahli Pusat Internet agar mereka dapat menyertai aktiviti atau bengkel keusahawanan yang akan diadakan oleh Pusat Internet Kampung Ranau.
Aktiviti
Bengkel dijalankan hasil kerjasama dengan Beauty Consultant Produk Mary Kay. Sesi dimulai dengan pengenalan kepada jenama produk tersebut dan diteruskan dengan bengkel asas penjagaan kulit muka dan akhir sekali sesi penerangan tentang asas kecantikan wajah ( asas Make- Up). Dengan hasil kerjasama bengkel ini , staff PI dapat mempromosikan Pusat Internet kepada para peserta. Secara keseluruhannya, para peserta memberi kerjasama yang baik dan mendaftar sebagai ahli PI dan sudi memberi kerjasama untuk menyertai bengkel atau program yang akan dianjurkan oleh Pusat Internet Kampung Ranau pada masa akan datang.