Tujuan

Kelas Animasi ini bertujuan untuk memberikan kemahiran membuat animasi dengan menggunakan Ms Power Point kepada para pelajar sekolah dan memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini. Selain itu, kelas ini juga adalah untuk membimbing dan membantu para pelajar untuk menerokai jenis-jenis pergerakan animasi Ms Power Point yang terkini untuk kegunaan tugasan mereka.

Aktiviti

Petugas PEDi Kg Ranau terlebih dahulu memberikan penerangan mengenai fungsi animasi dalam Ms Power Point agar pelajar dapat mengenali dan mengetahui setiap komponen yang terdapat didalam Ms Power Point. Selain daripada itu, pelajar juga diberikan video contoh cara untuk menghasilkan animasi dengan cepat dan memudahkan mereka sepanjang pembelajaran berlangsung. Di samping itu, para pelajar juga dapat mempelajari cara untuk menghasilkan slide pembentangan yang menarik dengan menggunakan komponen animasi yang terdapat dalam Ms Power Point.

Gambar Disini