Tarikh : 11 Disember 2022 Masa : 2.00Pm - 4.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 8 Orang |
Tujuan
Kelas Advokasi semak fakta ini adalah inisiatif keselamatan internet dalam mempromosikan penggunaan secara positif dalam kalangan pelajar sekolah dengan berdasarkan 3 teras iaitu, selamat, waspada dan tanggungjawab. Selain itu, aktiviti ini juga dapat memberikan kesedaran kepada para pelajar tentang fakta yang dikongsi perlulah disemak sebelum berkongsi dengan masyarakat setempat. Oleh itu, para pelajar yang mengikuti kelas ini dapat mengetahui cara untuk menyemak fakta sebelum dikongsi bersama kerana maklumat yang akan dikongsikan sangat penting dan boleh mempengaruhi masyarakat setempat.
Aktiviti
Aktiviti ini diadakan di PEDi Kg Ranau dengan peserta dalam kalangan pelajar sekolah. Petugas juga memberikan penerangan kepada peserta tentang cara untuk menilai maklumat dengan cara yang betul dan tepat iaitu dengan mengetahui sumber seterusnya memahami fakta tersebut serta menyelidik dan menilai fakta yang ingin dikongsi. Seterusnya, aktiviti kuiz juga dijalankan untuk menguji tahap kefahaman para pelajar mengenai advokasi kdb semak fakta. Oleh itu, pelajar juga dapat menambah pengetahuan tentang sesuatu maklumat dan kesahihan fakta tersebut.