Tarikh : 12 Disember 2022 Masa : 9.30Am - 10.30Am Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Latihan Keusahawanan ini bertujuan untuk memberi kemahiran keusahawanan tempatan yang ingin memulakan perniagaan di platform tiktok shop. Selain itu, ia juga dapat memberi latihan asas keusahawanan agar mahir dalam pemasaran digital iaitu atas talian. Seterusnya, membimbing para usahawan PEDi Kg Ranau dalam meluaskan perniagaan dan meningkatkan peningkatan jualan melalui pelbagai platform digital seperti tiktok shop yang kini menjadi pilihan para peniaga dan pelanggan.
Aktiviti
Usahawan telah dibantu oleh Rakan Digital untuk membuat tiktok shop affiliate dengan penerangan mengenai cara untuk mendaftar dengan menggunakan akaun tiktok usahawan itu. Selain itu, tiktok shop affiliate yang digunakan oleh usahawan ini juga dapat membantu untuk mempromosikan lagi jualan mereka dan lebih memudahkan mereka untuk berkomunikasi dengan pelanggan.