Tarikh : 16 Januari 2023 Masa : 2.00Pm - 4.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk membantu meningkatkan ilmu kemahiran dan pengunaan peribahasa dalam bahasa melayu dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Selain itu, tujuan kuiz online ini diadakan bagi menggalakkan para pelajar yang juga merupakan ahli PEDi Kg Ranau untuk terus terlibat aktif dalam penggunaan komputer dan internet secara fizikal.
Aktiviti
Para pelajar diberikan penerangan tentang e-learning bahasa melayu terlebih dahulu oleh petugas PEDi Kg Ranau. Seterusnya, para pelajar akan menggunakan laman web https://wordwall.net/ms/resource/9825236/bm-tahun-4-peribahasa-1 untuk menjawab kuiz online bahasa melayu tahun 4. Di samping itu, aktiviti sebeini amat baik kepada pelajar kerana mereka dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang bermanfaat serta dapat mendedahkan mereka dengan sistem pembelajaran secara online yang amat menyeronokkan. Justeru itu, aktiviti ini juga dapat menarik minat mereka untuk lebih fokus kepada subjek-subjek pembelajaran yang lebih mencabar minda pada masa kini.