Tujuan

Aktiviti advokasi klik dengan bijak ini bertujuan untuk memberikan kesedaran tentang keselamatan komputer yang dilaksanakan oleh SKMM kepada para pelajar sekolah. Selain itu, aktiviti ini juga dapat memberikan peringatan dan tip-tip keselamatan (akaun peribadi penting) kepada para pelajar sebagai pengguna siber di era masa kini semasa melayari internet dengan menggunakan komputer awam. Di samping itu, program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar pentingnya ilmu pengetahuan ICT pada masa kini.

Aktiviti

Para pelajar diberikan penerangan mengenai keselamatan komputer yang perlu diketahui oleh mereka. Seterusnya, pelajar telah menonton youtube klik dengan bijak untuk memudahkan mereka lebih memahami mengenai advokasi klik dengan bijak keselamatan komputer. Petugas juga memastikan para pelajar dapat mengetahui tip-tip keselamatan komputer yang mudah untuk memastikan mereka menjadi pengguna yang bijak.

Gambar Disini