Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan untuk membimbing para usahawan yang ingin memulakan perniagaan mereka dengan menggunakan aplikasi shopee bagi meningkatkan lagi pasaran perniagaan mereka. Selain daripada itu, petugas juga memberikan penerangan tentang cara-cara untuk membuka akaun shopee dengan lebih terperinci. Justeru, latihan keusahawanan ini dapat membantu para peserta dengan lebih yakin untuk membina kedai secara atas talian. Oleh itu, para usahawan juga dapat menggunakan aplikasi shopee sebagai platform untuk memasarkan produk yang mereka jual sekaligus dapat merapatkan jurang digital kepada usahawan diluar bandar.

Aktiviti

Para usahawan diberikan sedikit penerangan mengenai cara untuk membuka akaun shopee oleh petugas. Seterusnya, usahawan juga diberikan tugasan untuk membuat melengkapkan maklumat kedai shopee bagi memastikan produk mereka dapat dipasarkan di aplikasi shopee. Di samping itu, sesi soal jawab juga diadakan untuk memastikan para usahawan lebih memahami objektif kelas ini.

Gambar Disini