Tarikh : 18 Januari 2023 Masa : 2.00Pm - 4.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk memberikan kesedaran dan pengetahuan awal mengenai betapa pentingnya melindungi data peribadi. Selain itu, para pelajar juga perlu mengetahui tentang phishing yang selalu berlaku kepada pengguna internet untuk mencuri maklumat peribadi seseorang. Aktiviti ini juga dapat membantu pelajar sentiasa berwaspada tentang kes kecurian maklumat peribadi yang sering berlaku pada masa kini.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan sesi penerangan daripada petugas tentang apa itu phishing dan seterusnya para pelajar diberikan arahan untuk menjawab kuiz untuk menguji tahap kefahaman mereka. Di samping itu, para pelajar juga mestilah sentiasa mengamalkan langkah berjaga-jaga sebelum melakukan sesuatu perkara.