Tujuan

Kelas keusahawanan ini diadakan di PEDi Kg Ranau untuk membantu usahawan yang ingin meningkatkan jumlah pasaran dengan menggunakan shopee sava value. Selain itu, petugas dan rakan digital juga membantu memberikan penerangan mengenai save value dimana ia dapat membantu para usahawan lebih memahami asas e-dagang. Kelas ini juga bertujuan untuk memberikan keyakinan kepada usahawan untuk membina kedai online dengan menggunakan aplikasi shopee.

Aktiviti

Kelas ini dimulakan dengan petugas memberikan tunjuk ajar bagaimana cara untuk membuka akaun kedai shopee secara asas. Seterusnya, petugas memberikan penjelasan mengenai dropship yang menggunakan aplikasi save value setelah membuka akaun kedai online shopee. Di samping itu, kelas ini dapat memberikan peluang kepada para peserta yang ingin memulakan perniagaan mereka secara atas talian.

Gambar Disini