Tujuan

Kelas asas penjagaan komputer ini bertujuan untuk memberi asas menjaga komputer dengan cara yang betul kepada para pelajar sekolah rendah. Selain itu, kelas ini boleh memperkenalkan lagi kepada mereka tentang kepentingan penggunaan komputer pada masa kini. Oleh itu, tujuan kelas ini juga dapat membantu dan membimbing mereka dengan lebih terperinci tentang penggunaan komputer dan komponen-komponen yang terdapat dalam komputer.

Aktiviti

Para pelajar diberikan tunjuk ajar tentang perkakasan komputer secara teori dan praktikal oleh petugas. Seterusnya, para pelajar juga diajar untuk menerokai perisian yang terdapat dalam komputer untuk memudahkan mereka lebih memahami mengenai penjagaan komputer yang betul. Di samping itu, para pelajar diberikan pengenalan sedikit mengenai virus yang boleh mengakibatkan komputer dalam keadaan berbahaya dan bagaimana untuk mengelakkan komputer daripada terkena virus.

Gambar Disini