Tujuan

Kelas tart telur dan cheese ini dijalankan di PEDi Kg Tandek dengan seramai 10 orang peserta. Aktiviti ini juga bertujuan untuk meningkatan kemahiran para peserta yang berminat dalam bidang bakeri dan pastri. Selain itu, para usahawan juga boleh mengambil peluang dalam mencuba bidang baru untuk menambah pendapatan sampingan serta meluaskan perniagaan mereka. Oleh itu, aktiviti ini boleh memberikan manfaat kepada para usahawan yang juga merupkan ahli PEDi.

Aktiviti

Para peserta yang mengikuti kelas tart telur dan cheese yang diadakan di PEDi Kg Tandek diberikan penerangan secara terperinci mengenai kelas tersebut. Seterusnya, para peserta juga diberikan resipi dan teknik untuk membuat tart telur. Tenaga pengajar juga terus memberikan latihan secara praktikal kepada para peserta dengan menyediakan bahan-bahan untuk membuat tart telur. Sepanjang kelas itu, para peserta diberikan peluang untuk membuat tart telur masing-masing dengan berpandukan resipi yang telah diberikan.

Gambar Disini