Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk menambah kemahiran para peserta dalam membuat kek sambil menarik minat mereka untuk terus aktif bersama PEDi dengan mengikuti pelbagai aktiviti yang diadakan. Selain itu, PEDi juga boleh dijadikan one stop center dengan adanya kemudahan seperti ruangan untuk membuat kelas ataupun aktiviti serta perkhidmatan ICT. Oleh itu, para peserta boleh mendapatkan peluang untuk meningkatkan produk perniagaan mereka dengan menghasilkan kek mengikut kreativiti masing-masing.

Aktiviti

Para peserta diberikan penerangan mengenai resipi pembuatan kek yang mudah difahami. Tenaga pengajar juga turut membimbing para peserta semasa kelas berlangsung di PEDi Kg Tandek. Seterusnya, para peserta diarahkan untuk membuat kek dengan menggunakan bahan yang telah disediakan. Di samping itu, mereka juga boleh mendapatkan resipi yang dikongsi oleh tenaga pengajar.

Gambar Disini