Tarikh : 17 Februari 2023 Masa : 3.30Pm - 4.30Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam menyunting poster dengan menggunakan aplikasi canva secara percuma. Selain itu, peserta juga dapat mempelajari asas penggunaan aplikasi ini bagi menghasilkan poster yang menarik dengan mengikuti kreativiti tersendiri. Oleh itu, mereka juga boleh memanfaatkan kelas ICT yang diadakan di PEDi Kg Ranau untuk kegunaan di masa hadapan.
Aktiviti
Kelas ini diadakan di PEDi Kg Ranau dengan sesi penerangan kepada peserta iaitu cara yang lebih mudah untuk menyunting poster mereka. Seterusnya, petugas juga turut memberikan contoh template yang boleh digunakan oleh peserta secara percuma. Aktiviti ini juga dapat memberikan pengetahuan asas kepada peserta dalam menyunting poster dan imej dengan menggunakan aplikasi canva. Sepanjang aktiviti ini berlangsung, petugas akan memastikan peserta dapat menghasilkan satu poster yang menarik.