Tarikh : 22 Februari 2023 Masa : 2.00Pm - 5.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 11 Orang |
Tujuan
Program Keusahawanan yang dianjurkan oleh Puan Salmie Salai merupakan ahli Usahawan PEDi Kg Ranau sejak tahun 2018 dalam pembuatan kerepek berasaskan Ubi Kayu. Bertujuan untuk berkongsikan kemahiran keusahawanan tersebut kepada golongan wanita, pengusaha, suri rumah dan lain-lain agar dapat mempelajari kemahiran asas kerepek tersebut yang mana masih kurang diusahakan atau dijual di sekitar Kota marudu. Bertujuan berkongsikan hebahan kebaikan menjadi usahawan bimbingan dibawah PEDi sebagai Usahawan digital dan Menjadikan PEDi Kg Ranau sebagai Entreprenuship Learning Centre.
Aktiviti
Aktiviti dimulai dengan memperkenalkan asas-asas bahan yang diperlukan untuk menghasilkan kerepek dan demo secara praktikal kepada peserta kelas. Para peserta diwajibkan untuk membuat hasil kerepek sendiri sebagai hasil daripada mengikuti kelas tersebut agar betul-betul dapat membuat kerepek sebagai salah satu produk jualan untuk menjana pendapatan sendiri di rumah dan meluaskan perniagaan tersebut ke seluruh tempat.