Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk memberikan kemahiran dalam bidang bakeri dan kek selaras dengan keperluan para peserta yang ingin menjadi usahawan baharu dalam dunia perniagaan. Selain itu, kelas ini dapat melatih peserta sehingga mahir dalam menghasilkan pelbagai jenis kek yang boleh dikomesialkan. Oleh itu, PEDi juga boleh dijadikan one stop center dengan adanya kemudahan seperti ruangan untuk membuat kelas ataupun aktiviti serta perkhidmatan ICT.

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan sesi penerangan bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan kek tersebut. Seterusnya, tenaga pengajar juga turut membimbing para peserta semasa kelas berlangsung di PEDi Kg Ranau. Kemudian, para peserta diarahkan untuk membuat kek dengan menggunakan bahan yang telah disediakan mengikut kreativiti masing-masing. Di samping itu, mereka juga boleh mendapatkan resipi yang dikongsi oleh tenaga pengajar. Hasil buatan kek mereka juga dipamerkan untuk sesi bergambar dan penilaian daripada petugas dan pengajar.

Gambar Disini