Tujuan

Kelas keusahawanan yang diadakan ini bertujuan untuk membantu para usahawan yang baru dalam bidang bakeri agar dapat meningkatkan kemahiran dalam dunia perniagaan. Selain itu, aktiviti ini juga dapat memberikan manfaat kepada komuniti setempat dengan mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh PEDi. Di samping itu, PEDi juga boleh dijadikan sebagai one stop center dengan adanya kemudahan ruang pembelajaran yang telah disediakan untuk komuniti yang aktif dalam mengikuti kelas seperti keusahawan dan ICT.

Aktiviti

Para peserta yang hadir diberikan penerangan tentang resipi yang akan digunakan dalam menghasilkan kek. Seterusnya, peserta juga telah diarahkan untuk menghasilkan kek mengikut kreativiti tersendiri dengan dekorasi kek yang menarik. Di samping itu, mereka juga dapat berkongsi resipi bersama tenaga pengajar yang membimbing semasa kelas berlangsung.

Gambar Disini