Tarikh : 14 Mac 2023 Masa : 2.00Pm - 4.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Kelas Advokasi semak fakta ini adalah inisiatif keselamatan internet dalam mempromosikan penggunaan secara positif dalam kalangan pelajar sekolah dengan berdasarkan 3 teras iaitu, selamat, waspada dan tanggungjawab. Selain itu, aktiviti ini juga dapat memberikan kesedaran kepada para pelajar tentang fakta yang dikongsi perlulah disemak sebelum berkongsi dengan masyarakat setempat. Oleh itu, para pelajar yang mengikuti kelas ini dapat mengetahui cara untuk menyemak fakta sebelum berkongsi bersama kerana maklumat yang akan dikongsikan sangat penting dan boleh mempengaruhi masyarakat setempat.
Aktiviti
Aktiviti ini diadakan di PEDi Kg Ranau dengan peserta dalam kalangan pelajar sekolah. Petugas memberikan penerangan sedikit tentang cara untuk menilai maklumat dengan cara yang betul dan tepat iaitu dengan mengetahui sumber seterusnya memahami fakta tersebut serta menyelidik dan menilai fakta. Kemudian, para pelajar diarahkan untuk menonton video advokasi klik dengan bijak (semak fakta) dengan menggunakan laman youtube klik dengan bijak untuk memudahkan mereka lebih memahami tentang semak fakta yang perlu diketahui oleh setiap pengguna internet.