Tujuan

Aktiviti ini bertujuan bagi memastikan para komuniti terutamanya golongan pelajar sentiasa peka dengan kempen Klik Dengan Bijak. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan bagi menguji minda dan pemahaman kalangan pelajar tentang tanggungjawab sebagai pengguna internet dan peka akan jenis-jenis jenayah siber yang ada pada zaman teknologi kini. Taklimat ini juga adalah untuk memberi kesedaran tentang jenayah siber yang semakin meningkat dan penggunaan internet dalam kalangan para pelajar. Dengan adanya program sebegini, para pelajar dapat dibimbing dengan lebih awal tentang kewujudan jenayah siber dan kesan buruk sekiranya menjadi mangsa serta para pelajar juga lebih berwaspada ketika melayari internet agar maklumat diri tidak diceroboh.

Aktiviti

Para pelajar diberikan taklimat secara terperinci tentang definisi penggunaan internet dan jenayah siber. Kemudian sesi tayangan video tentang jenayah siber juga diadakan untuk memastikan para pelajar lebih memahami. Selepas itu, aktiviti kuiz KDB turut dijalankan untuk mengetahui sejauh mana pemahaman para pelajar akan penggunaan internet dan jenayah siber yang kini semakin berleluasa. Secara keseluruhannya, program taklimat ini amat baik diadakan agar para pengguna internet terutama golongan pelajar lebih berhati-hati dalam melayari dunia alam siber.

Gambar Disini