Tujuan

Kelas ICT asas pengenalan komputer ini bertujuan untuk memberi pengenalan komputer kepada para peserta yang merupakan pelajar sekolah rendah. Sekaligus, memperkenalkan kepada mereka tentang kepentingan penggunaan komputer pada masa kini. Asas pengenalan komputer kepada pelajar dapat membantu mereka untuk mencari maklumat tambahan mengenai tugasan sekolah dengan cepat dan mudah. Selain itu, penggunaan komputer ini juga dapat menghilangkan tekanan kerana dengan adanya komputer kita boleh mendengar lagu dan melayari internet dengan mudah.

Aktiviti

Para peserta diberikan penerangan tentang perkakasan komputer secara teori dan praktikal. Seterusnya, para peserta diajar untuk menerokai perisian yang terdapat dalam komputer. Disamping itu, peserta juga diajar cara-cara menggunakan komputer sepanjang kelas itu berlangsung.

Gambar Disini