Tujuan

Program sambutan pesta kaamatan yang diadakan di daerah kota marudu dapat memberikan peluang kepada PEDi untuk mempromosikan lagi kepada komuniti setempat mengenai Pusat Ekonomi Digital. Selain itu, PEDi juga dapat memperkenalkan kepada komuniti setempat tentang fungsi dan perkhidmatan yang disediakan oleh PEDi serta untuk membina hubungan baik di antara komuniti setempat dengan petugas PEDi. Tambahan pula, tujuan program ini dijalankan juga boleh meningkatkan bilangan keahilan baru PEDi dan menjadikan PEDi sebagai pusat tumpuan ICT.

Aktiviti

Petugas telah membuka booth pameran sempena sambutan pesta kaamatan untuk mempromosikan lagi Pusat Ekonomi Digital kepada komuniti setempat. Seterusnya, pelbagai booth pameran juga turut ada untuk memeriahkan sambutan pesta kaamatan seperti usahwan PEDi juga turut mengambil bahagian dalam sesi pameran bagi mempromosikan lagi produk perniagaan mereka. Disamping itu, petugas juga mengambil peluang untuk menjelaskan tentang pengenalan PEDi kepada komuniti dan menarik minat komuniti bagi menjadi ahli aktif PEDi.

Gambar Disini