Tarikh : 04 Jun 2023 Masa : 2.00Pm - 4.30Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 7 Peserta |
Tujuan
Kelas ICT Ms Word ini bertujuan untuk membantu para pelajar mengenali tentang komponen yang terdapat dalam ms word. Selain itu, para pelajar juga boleh mempelajari bagaimana untuk menggunakan ms word bagi menyelesaikan tugasan mereka. Banyak manfaat yang dapat diperolehi daripada kelas ini seperti para pelajar akan mengetahui fungsi setiap komponen ms word di mana ia sangat penting bagi mereka khususnya dalam pembelajaran yang melibatkan ICT.
Aktiviti
Para pelajar diberikan penerangan mengenai setiap komponen serta fungsi yang terdapat dalam ms word. Petugas juga turut membimbing para pelajar dalam menggunakan ms word agar mereka dapat memahami dengan lebih lanjut bagaimana menggunakan ms word dengan betul. Tambahan pula, para pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran ICT mereka dengan adanya kelas ini dan diharap dapat membantu para pelajar khususnya di peringkat sekolah rendah.