Tujuan

Aktiviti ini dijalankan untuk memberi kemahiran pembelajaran secara atas talian. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk menguji minda para pelajar, melatih kesabaran dan tahap fokus mereka dalam menyelesaikan tugasan. Di samping itu, aktiviti sebegini dapat menyampaikan kepentingan ilmu internet pada masa kini dan dapat meningkatkan pengetahuan pelajar terhadap pembelajaran suku kata.

Aktiviti

Aktiviti ini dijalankan dengan menggunakan laman web https://thewordsearch.com/ dan memerlukan para pelajar untuk mengakses laman web tersebut. Seterusnya, para pelajar diberikan satu tema untuk memulakan pencarian suku kata yang diperlukan. Aktiviti ini dapat menarik minat para pelajar untuk terus terlibat aktif dalam aktiviti yang diadakan di PEDi Kg Ranau. Oleh itu, perkhidmatan komputer dan internet yang terdapat di PEDi juga dapat digunakan dengan betul oleh komuniti setempat.

Gambar Disini