Tujuan

Program kemahiran asas mengait "knitting & crochet" Siri 2/2023 ini diadakan di Dewan Komuniti Kota Marudu yang terdiri daripada golongan wanita sebanyak 20 orang. PEDi Kluster Kota Marudu juga telah menyampaikan taklimat mengenai dengan perniagaan secara atas talian. Seterusnya, para peserta diberikan tunjuk ajar bagaimana cara untuk menggunakan aplikasi shopee bagi menjalankan perniagaan mereka sama ada menjadi dropship atau sebagai penjual barangan sendiri. Taklimat ini sesuai bagi para peserta yang ingin memulakan perniagaan mereka dengan menggunakan aplikasi shopee untuk mempromosikan dan memasarkan barangan jualan/produk mereka secara atas talian. Di samping itu, PEDi Kluster Kota Marudu juga turut memperkenalkan tentang perkhidmatan yang disediakan di PEDi agar mereka boleh menjadikan PEDi sebagai one stop center untuk mendapatkan perkhidmatan internet serta kemahiran dalam bidang ICT dan juga perniagaan atas talian. 

Aktiviti

Para peserta yang hadir telah diberikan taklimat berkenaan dengan Kemahiran Kursus Asas mengait "Knitting & Crochet" Siri 2/2023 dan diberikan tunjuk ajar cara-cara mengait dengan betul serta bahan-bahan yang digunakan untuk mengait. Selain daripada itu, Rakan Digital Kg. Tingakalanon telah membuat taklimat mengenai perniagaan atas talian iaitu shopee. Seterusnya, wakil petugas PEDi juga turut menyampaikan sedikit taklimat berkenaan perkhidmatan yang disediakan di PEDi bagi komuniti setempat. Oleh itu, para peserta yang mengikuti program ini juga dapat banyak manfaat dan ilmu baharu dalam bidang perniagaan dan juga kemahiran asas mengait "knitting & crochet".

Gambar Disini