Tarikh : 15 Jun 2023 Masa : 11.00Am - 12.00Pm Lokasi : Aplikasi Zoom Meeting Peserta : Terbuka |
Tujuan
Latihan asas pengurusan sumber manusia bagi IKS ini dijalankan oleh pihak MSD bagi memberikan peluang kepada komuniti setempat untuk menyertai latihan secara percuma bagi ahli PEDi. Selain itu, pihak MSD juga telah membekalkan tenaga pengajar yang berpengalaman untuk membantu para komuniti dalam memahami berkenaan pengurusan sumber manusia bagi IKS. Hal ini demikian, latihan ini diadakan secara atas talian dimana para komuniti boleh berkunjung ke PEDi untuk mengikuti latihan tersebut serta dikendalikan oleh Puan Juliana yang merupakan tenaga pengajar bagi sesi latihan ini.
Aktiviti
Para peserta yang hadir untuk menyertai latihan asas pengurusan sumber manusia bagi IKS diberikan sedikit penerangan mengenai topik-topik yang akan dipelajari. Antara topik yang diberikan ialah, tanggungjawab majikan, proses pengambilan pekerja, kontrak perkhidmatan, pengurusan gaji, dan kewajipan caruman KWSP. Di akhir sesi latihan, soal jawab juga turut diadakan untuk memastikan para peserta lebih memahami tentang latihan yang diikuti dan para peserta juga dapat mengetahui tentang pengurusan sumber manusia yang betul dalam sebuah majikan.