Tarikh : 20 Jun 2023 Masa : 11.00Am - 12.00Pm Lokasi : Aplikasi Zoom Meeting Peserta : Terbuka |
Tujuan
Latihan ini bertujuan untuk membantu para peserta yang terdiri daripada pelajar lepasan spm, stpm, ijazah dan semua komuniti yang telah mengambil bahagian dalam latihan resume writing ini. Selain itu, para peserta yang mengikuti latihan ini juga turut dapat mengetahui bagaimana cara untuk membuat resume yang betul dan lengkap untuk memudahkan mereka dalam memohon perkerjaan. Tambahan pula, latihan dijalankan secara percuma untuk ahli PEDi yang telah berdaftar dan menggunakan aplikasi zoom meeting.
Aktiviti
Aktiviti ini dijalankan dengan menggunakan aplikasi zoom meeting secara atas talian. Kelas atau sesi latihan dibimbing oleh Encik Fazli yang merupakan seorang tenaga pengajar daripada ILN ( Innovative Learning Network) MSD Sdn.Bhd. Selain itu, latihan ini dimulakan dengan sesi penerangan daripada pengajar mengenai perkara yang perlu ada dalam resume. Encik Fazli juga turut menjelaskan tentang kepentingan cover letter yang perlu ada pada resume. Di samping itu, petugas juga telah menyediakan tempat untuk peserta yang mengikut laltihan ini.