Tujuan

Aktiviti ini dijalankan untuk memberi penekanan kepada pentingnya pengurusan masa dan bagaimana untuk menguruskan masa dengan lebih berkesan kepada para pelajar. Selain itu, para pelajar juga dapat mengatur aktiviti harian mereka dengan lebih baik untuk memastikan masa mereka digunakan dengan betul. Tambahan pula, para pelajar terlebih dahulu perlu mengetahui cara untuk melihat jam dengan betul.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan pengenalan jam yang perlu dikuasai oleh para pelajar. Seterusnya, para pelajar diarahkan untuk mengatur jadual harian mereka dengan menggunakan laman web https://wordwall.net/ms-my/community/pengurusan-masa. Aktiviti ini dapat menarik minat pelajar untuk terus aktif bersama PEDi dalam melakukan pelbagai aktiviti yang dilaksanakan oleh PEDi. Banyak manfaat yang dapat diperolehi oleh pelajar seperti boleh menguruskan masa dengan lebih baik.

Gambar Disini