Tarikh : 05 Ogos 2023 Masa : 10.00Am - 12.30Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 10 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini diadakan di PEDi Kg Ranau yang bertujuan untuk memastikan para pelajar sekolah kekal aktif dalam melakukan pelbagai aktiviti yang mendatangkan banyak manfaat kepada mereka. Selain itu, program sebegini juga dapat membantu para pelajar untuk meningkatkan keyakinan mereka dalam berkomunikasi antara satu sama lain dan tahap kecerdasan mereka juga dapat dikekalkan. Oleh itu, para pelajar boleh mengikuti pelbagai jenis aktiviti yang diadakan di PEDi Kg Ranau agar kekal aktif bersama komuniti.
Aktiviti
Program ini diadakan dengan kerjasama wellness hub tandek yang membantuk untuk memberikan penerangan tentang kepentingan kesihatan dalam diri para pelajar sekolah rendah. Seterusnya, para pelajar juga telah diberikan satu aktiviti yang bertajuk "body outline" dimana para pelajar perlu mewarna bahagian anggota badan pada kertas yang telah diberikan. Setiap bentuk warna itu akan mewakili emosi para pelajar. Petugas juga turut membantu para pelajar dalam aktiviti yang dijalankan di PEDi Kg Ranau.