Tujuan

Bengkel ini bertujuan untuk memberi krusus keusahawanan kepada golongan beliawanis dan juga surirumah di kampung Ranau. Bengkel ini bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim sesama komuniti sepanjang bengkel dijalankan. Disamping itu juga, bengkel ini bertujuan agar ahli PI khusus para beliawanis manfaatkan keahlian mereka dengan mengikuti bengkel atau krusus yang dianjurkan oleh PI Kg Ranau kerjasama agen produk Tupperware.  Selain itu bengkel ini juga dapat menarik perhatian komuniti (golongan beliawanis dan surirumah) yang belum mendaftar sebagai ahli untuk menjadi ahli PI dan mengikuti bengkel dan latihan keusahawanan yang bakal dijalankan pada masa akan datang. 

Aktiviti

Bengkel ini dimulai dengan memberi demonstrasi cara-cara membuat aiskrim dengan menggunakan produk Tupperware secara mudah dan cepat. Sesi ini diseliakan oleh agen Tupperware dan dibantu oleh petugas PI. Kemudian para peserta membuat aiskrim secara berkumpulan dan mempelajari bagaimana proses membuat aiskrim satu demi satu atas bimbingan daripada agen Tupperware. Secara keseluruhannya, bengkel sebegini mampu memberi ilmu perniagaan baharu kepada para suri rumah atau beliawanis untuk memulakan sesuatu perniagaan kecil-kecilan dan mendapatkan sedikit ilmu keusahawanan untuk menambah pendapatan sampingan keluarga. 

Gambar Di Sini