Tarikh : 13 Ogos 2023 Masa : 8.00Am - 1.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 12 Orang |
Tujuan
Kelas membuat roti yang diadakan di PEDi Kg Ranau bertujuan untuk berkongsi kemahiran bersama komuniti terutamanya golongan wanita yang ingin memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Selain itu, aktiviti ini dapat membantu para peserta untuk mengetahui cara membuat roti yang mudah dan cepat bagi mereka yang baru menceburi bidang ini.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulakan dengan sesi pengenalan diri daripada tenaga pengajar iaitu Miss Lina. Seterusnya, beliau juga telah berkongsi resipi yang akan digunakan untuk menghasilkan roti yang berkualiti. Para peserta juga berpeluang untuk menghasilkan sendiri roti dengan tunjuk ajar daripada miss lina. Sepanjang kelas ini berlangsung, para peserta memberikan tumpuan kepada tenaga pengajar untuk memahami dengan lebih jelas mengenai cara-cara membuat roti.