Tujuan

Kursus ini bertujuan untuk membantu para peserta khususnya daripada golongan B40 iaitu seramai 15 orang peserta yang telah menghadiri kursus jangka pendek ini. Kandungan utama kursus ini adalah kewartawanan telefon pintar (MOJO) yang dijana menggunakan perisian Filmora Wondershare dan juga penyuntingan gambar menggunakan Adobe Photoshop. Program ini juga telah dirasmikan oleh Tuan Majawab Bin Masantun, PPM N7 Tandek.

Aktiviti

Program ini diadakan di PEDi Tandek dengan seramai 15 orang peserta. Para peserta terdiri daripada golongan belia dan pelajar sekolah menengah yang telah mengambil peluang untuk mempelajari 2 subjek utama dalam kursus jangka pendek ini. Encik Sobri Aeman juga merupakan tenaga pengajar yang turut membantu para pelajar dalam penyuntingan gambar dengan menggunakan adobe photoshop. Para pelajar juga telah diberikan tugasan untuk membuat satu video secara berkumpulan dan menyunting gambar mengikut kreativiti masing-masing. Sepanjang kursus itu berlangsung, tenaga pengajar dan petugas PEDi sentiasa memastikan para peserta dapat memahami apa yang disampaikan dalam kursus kemahiran ini.

Gambar Disini