Tarikh : 29 Julai 2018 Masa : 2.00PM- 4.00PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 9 Orang |
Tujuan
Kelas ICT ini bertujuan untuk memberi asas kemahiran tentang Microsoft Office Word 2016 kepada pelajar sekolah rendah. Sekaligus, memperkenalkan kepada mereka tentang kepentingan penggunaan komputer pada masa kini. Disamping itu juga, kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mereka tentang asas penggunaan MS Word 2016 secara terperinci. Tujuan kelas ini juga agar dapat membantu dan membimbing mereka dengan lebih terperinci tentang penggunaan komputer dan juga mahir dalam penggunaan Microsoft Office Word 2016 yang terkini.
Aktiviti
Para peserta diajar satu demi satu tentang komponen-komponen yang ada didalam Ms Word 2016 secara teori dan praktikal. Para peserta diajar untuk menerokai setiap penggunaan didalam Ms Word 2016 serta fungsinya. Selain itu, peserta juga diajar cara-cara menggunakan Ms Word untuk menaip kerja-kerja sekolah dan belajar menaip surat rasmi. Secara keseluruhannya, para peserta dapat memahami fungsi serta kegunaan komponen yang ada didalam Ms Word 2016 dengan lebih terperinci dengan adanya kelas ICT ini.